Abu Hurairah radhiyallahu’anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, “Seandainya manusia mengetahui pahala azan dan shaf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian, niscaya mereka melakukan undian itu. Seandainya mereka mengetahui pahala bersegera pergi menunaikan shalat, niscaya mereka berlomba-lomba kepadanya. Dan, seandainya mereka mengetahui pahala jamaah shalat isya dan subuh, niscaya mereka mendatanginya meskipun dengan merangkak.” [HR. Bukhari no. 341]
Makna dari hadits di atas:
1. Menjadi muadzin adalah hal yg mulia dan mempunyai keistimewaan dan keutamaan di sisi ALLOH SWT.
2. Jika melakukan sholat berjama’ah, bagi pria carilah dan raihlah shaf terdepan, karena merupakan sebaik-baik shaf. Sementara bagi perempuan, shaf terbaik adalah yg paling belakang. *silakan bacaa lagi di sini*
3. Apabila di dekat lokasi anda terdapat masjid, sebaiknya segera sholat berjama’ah apabila waktunya tiba.
4. Sholat Isya dan sholat Shubuh berjama’ah mempunyai keutamaan yg sangat besar.
*hadits dan nasehat ini terutama ditujukan pada diri saya pribadi, agar lebih bersemangat sholat berjama’ah*
Monday, October 27, 2008
Sunday, October 26, 2008
Bahaya Sifat Gopoh
BAHAYA SIFAT GOPOH
Salah satu di antara sifat atau tabiat kalau jadi manusia ialah bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan di dalam Al Quran yang bermaksud: Ertinya : Dijadikan manusia itu sangat gopoh.
Ini juga diantara ujian kepada manusia. Apakah boleh berjaya atau tidak, manusia itu mendidik dan mendispinkan diri agar menjadi manusia yang tenang. Biasanya manusia yang gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang. Sentiasa gelisah dan resah, lebih-lebih lagi jika ditimpa ujian. Ujian golongan bawahan seperti miskin, orang tidak peduli, orang benci dll. Ujian golongan biasa seperti ada saingan di dalam merebut jawatan, dilucutkan jawatan, rugi di dalam perniagaan, tidak dilantik lagi menjadi menteri.
Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan nafsu yang gopoh-gapah dan benih gelojoh, maka benih gopoh yang semulajadi yang Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok. Ia akan bertunas, berdaun dan berbatang akhirnya membesar subur dan berbuah di waktu itu. Sifat gopohnya benar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya menjadi budaya hidupnya.
Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka diwaktu itu amat sulit sekali untuk membuangnya dan dengan sifat gopoh yang telah begitu subur di dalam diri itu dia sedar bahawa tabiat gopohnya itu sangat menyusahkan dan menyiksakannya. Namun untuk membuangnya amat sulit sekali. Kecuali berusaha dan bersungguh-sungguh berjuang berhempas-pulas pula memerangi sifat gopoh itu serta memohon kepada Allah SWT selalu agar membantunya membuang sifat gopoh itu mungkinlah boleh. Justeru itulah manusia itu, kecil lagi memerlukan didikan yang berdasarkan Islam terutamanya ibu bapanya. Kemudian bagaimana hendak membentuknya agar jangan subur. Kerana membuangnya 100% dalam diri manusia adalah mustahil.
Memanglah setiap yang negatif itu adalah mudah dikawal waktu benihnya lagi. Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong akhirnya dia akan bantut tapi kalau dia dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka diwaktu itu kalau dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka waktu itu sudah amat susah dan sulit sekali untuk memusnahkannya.
MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH
Sifat gopoh jika ia telah dibiarkan tidak dididik dan tidak diasuh daripada seorang yang kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkan sampai tua, sifat gopoh itu sangat merosakkan pada diri yang mempunyainya dan juga orang lain.
DI ANTARA KEJAHATAN DAN KEBURUKKANNYA YANG TIMBUL DARI SIFAT GOPOH:
Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah .
Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudaian maka hendaklah ia berlaku baik dan diam,"
Dalam pergaulan dan perbincangan sifat gopoh itu mudah sahaja memotong cakap orang ramai, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.
Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.
Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan kita . Sedangkan fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Teraniayalah orang itu. Kalau mereka tidak sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita. Seterusnya memusuhi kita atau terheret kita ke mahkamah.
Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selapas itu akan berlaku dendam-mendendam . mungkin nanti masing-masing membawa klik atau kawan-kawan masing-masing. Maka kerosakannya lebih besar lagi.
Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan orang .
Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT. Firmannya: "JANGAN KAMU BERPUTUS ASA DARIAPADA RAHMAT ALLAH""TIADA YANG BERPUTUS ASA ITU MELAINKAN KAUM YANG KAFIR"
Orang yang gopoh melainkan tidak tenang hidupnya kerana selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugi dan menyusahkan hati.
Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu kerja itu. Lebih-lebih lagi bila terasa kerja itu susah dan berat iaitu kerja akan terbengkalai dalam kehidupan.
Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain tidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana ada kalanya dia kalau marah mendadak sahaja. Tanpa munasabah sekalipun pada kawan, isteri, anak-anaknya lebih-lebih lagi kalau bukan kawannya.
Sifat gopoh seseorang itu boleh membawa seseorang itu mudah melulu bertindak. Mudah menjadikan musuh kawan dan juga menjadikan kawan itu musuh. Segala tindakan dan usaha-usahanya sembrono. Tidak berdisplin, bersusun dan teratur.
Sifat gopoh mudah bertukar fikiran. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah diucuk dan dihasut. Mudah dilatah-latahkan hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya. Kalau dalam satu perjuangan mudah menyebelahi musuh atau memukul kawan seperjuangan.
Sifat gopoh itu selalu sahaja membuat seseorang menyesal tidak sudah, sesal berpanjangan.
Gopoh termasuk akhlak yang buruk, perangai yang hodoh. Budi pekerti yang pelik, dibenci oleh Allah, Rasul dan seluruh makhluk.
Sifat gopoh itu pada seseorang mudah atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik. Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang lagi dan dikawal, menjadikan seseorang itu hilang sabar atau menjadi orang yang tidak sabar terutama bila diuji dengan nikmat mahupun kesusahan.
PUNCA-PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH
Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaan tuhan. Semulajadi ia lahir bersama-sama dengan tubuh kasar manusia. Kemudian dibiarkan dia tanpa dididik hingga menjadi subur
Didorong lagi dengan sifat ego atau sombong samada disedari oleh orang itu atau tidak. Kerana sifat ego juga benihnya juga telah Allah ciptakan sejak lahir lagi. Apatah lagi didorong oleh faktor-faktor yang mendatang seperti ada pangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan lain-lain
Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu hati atau jiwa. Samada Mahmudahnya mahupun Mazmummahnya. Ertinya hati atau jiwanya terbiar tanpa dapat pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam maka terdorong dari dalaman.
Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemah bermujahadah atau tidak sungguh-sungguh bermujahadah dikernakan lemahnya iman atau lemahnya iman atau lemahnya aqidah dan tidak tahan godaan diluar diri yang sentiasa mencabar.
Mungkin juga didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh jiwa yang lemah kerana lemahnya aqidah dan sekalipun disertakan ilmunya, pakar aqidah atau pakar tauhid tapi tidak dihayati.
GOPOH MENJADIKAN MANUSIA MELULU.
Sifat gopoh boleh menjadikan manusia segala tindak tanduk dan sikapnya tidak berdisplin hidupnya terutama bila berhadapan dengan dua keadan ini.
APABILA WAKTU SENANG DAN MEWAH
Diwaktu mereka ada duit, hilang pertimbangan. Waktu berbelanja terlalu gopoh berbelanja. Ia beli apa saja, bermacam-macam. Berfaedah atau tidak berfaedah, perlu atau tidak terutama jangan sahaja nampak barang atau benda yang dia suka atau barang yang orang lain ada, dia kan beli. Nampak sungguh macam orang kemaruk atau tidak siuman. Hilang rasionalnya sekalipun seorang yang berpelajaran, mendapat pelajaran tinggi, berjawatan tinggi, kedudukan penting dalam masyarakat. Akhirnya rumah macam muzium. Apabila sudah terlalu banyak hingga tidak terurus timbullah pembaziran. Maka kesenangan tidak dapat dikongsi oleh orang lain.
APABILA MENDAPAT KESUSAHAN
Apabila mendapat kesusahan seperti kemiskinan, sakit, bencana alam, kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itu nampak sangat melulunya dalam hendak menyelesaikan masaalah, keluh kesahnya begitu ketara, mukanya tidak ceria, maka mengadulah ia ke sana, ke mari. Dia tidak fikir orang suka atau tidak. Sesuaikah orangnya untuk mengadu atau tidak. Orang itu simpati atau benci. Dia akan ceritakan masalah. Walaupun sebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan masalahnya.
Kalau hendak mengatasi kemiskinan hingga membuat yang tidak patut hingga menimbulkan masalah lebih kusut lagi seperti berhutang di sana di sini hingga hutang keliling pinggang begitu juga kalau sakit, apabila bertemu sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, sekali dua sahaja digunakan atau dimakan, kemudian beli ubat yang lain pula. Begitu sekali gopohnya membeli ubat. Itu boleh tahan, setengahnya jumpa bomoh sami, berubat menyalahi syariat. Bersandar dengan tuhan langsung tidak ada dalam jiwanya. Dia rasa semua masaalah boleh diselesaikan dengan usahanya. Hingga terlalu bersandar dengan usaha, hilang displin diri. Bila hilang displin diri nampaklah melulunya, tindak tanduknya hingga hilang pertimbangan aqal fikirannya.
BAGAIMANA MENGUBATI PENYAKIT GOPOH
Sebelum ini kita telah katakan bahawa penyakit gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang disebabkan sifat ego. Tidak faham perjalanan hati atau jiwa. Membiarkan sifat gopoh semulajadi hingga subur hingga jiwa menjadi kosong daripada menghayati akidah, sekadar ada ilmu aqidah. Boleh jadi ilmu aqidah pun tiada, lebih-lebih lagilah teruknya. Ertinya iman sudah tidak ada atau telah lemah. Maka tuhan sudah tiada dalam kamus hidupnya. Tuhan bukan tempat sandaran, tidak lagi menjadi tempat rujuk. Tidak lagi dijadikan penyelesai segala masaalah maka timbullah jiwa tidak tenang. Apabila tidak tenang, datanglah sifat gopoh. Oleh itu, untuk menghilangkan gopoh kenalah tenangkan jiwa dan hati.
BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA
Di dalam ajaran Islam semua masaalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masaalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masaalah. Al Quran ada menyatakan:
FIRMAN ALLAH:
"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat
dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim
itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi".
Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.
FIRMAN ALLAH:
"Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan
Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata
-kata kami dengar dan kami patuh."
Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."
Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
"Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya
baginya kehidupan yang sempit."
Maksudnya, orang menolak atau melupai tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

Friday, October 24, 2008
Zikir Taubat

bait 1
Ilaahii lastu lil firdausi ahlaa wa laa aqwaa 'alaa naaril jahiimi
bait 2
Fa hablii taubatan waghfir zunuubii fa innaka ghaafirudzdzambil 'azhiimi
bait 3
Dzunuubii mitslu a'daadir rimaali fa hablii taubatan yaa dzaaljalaali
bait 4
Wa 'umrii naaqishun fii kulli yaumi wa dzambii zaa-idun kaifah timaali
bait 5
Ilaahii 'abdukal 'aashii ataaka muqirran bidzdzunuubi wa qad da'aaka
bait 6
Fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tathrud faman narjuu siwaaka
Wahai Tuhanku Aku Tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa NerakaMu
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah Dosa ku Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun Dosa-Dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
terimalah taubatku wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurangan setiap hari
sedangkan dosaku pula bertambah setiap masa
Tuhanku, hambaMu yang sering melakukan maksiat telah datang kepadaMu
Sentiasa membuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepadaMu
Jika Kau ampunkan, maka itu adalah hakMu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan sepertiMu..
Antara ilmu dan harta
Saidina Ali r.a pernah di tanya, "Antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?"
Dengan tegas Saidina Ali menjawab, "Ilmu tetap lebih penting dari harta kerana:
* ilmu adalah peninggalan para anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan konco-konconya
* ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara
* harta akan berkurang apabila dibelanjakan sebaliknya ilmu akan bertambah
* orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu dapat memberi pertolongan kepada tuannya di akhirat nanti
* harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya sebaliknya ilmu adalah sebagai penawar dan penerang kegelapan hati
* manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai raja tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedaifan dan kehambaan kepada Allah
* orang yang berharta kadang-kala digelar bakhil tetapi orang yang berilmu akan dimuliakan
* harta lama-kelamaan akan binasa tetapi ilmu kekal abadi
* jika banyak harta banyaklah musuh sebaliknya akan banyak rakan dan taulan jika banyak ILMU.. "
--
Hakikat HARTA: apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti...

Tuesday, October 21, 2008
SOLAT DARI KAJIAN SAINS
.
Solat dari kajian sains
Published by Admin on Sunday, October 19, 2008 at 8:16 AM
Terapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
[Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.]
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
[SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.]
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
[Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.]
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
[Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.]
Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Subscribe to:
Posts (Atom)